Thursday, January 13, 2011

Penyenggaraan bukan sahaja penting dalam memastikan kondisi dan fizikal sesebuah bangunan lama itu dapat beroperasi dengan cekap dan selamat malah penyenggaraan juga merupakan aktiviti yang sangat penting dalam menentukan kelangsungan hayat bangunan tersebut untuk terus kekal bagi membolehkan ianya diwarisi oleh generasi yang akan datang. Keperluan kepada penyenggaraan tidak hanya tertakluk kepada pembaikan kerosakan yang berlaku tetapi lebih kepada kaedah pencegahan daripada berlakunya kerosakan. Menurut kajian terdahulu, penyenggaraan seringkali dilaksanakan secara reaktif dan keadaan ini menyumbang kepada permasalahan yang lebih serius di masa hadapan. Oleh yang demikian, aktiviti penyenggaraan memerlukan kepada perancangan yang sebaiknya dari peringkat awal dan disusuli dengan perlaksanaan secara berterusan dari masa ke semasa oleh pihak yang dipertanggungjawabkan. Sehubungan dengan itu, kertas ini membincangkan mengenai kepentingan penyenggaraan berterusan bagi menguruskan bangunan lama setelah pewartaannya sebagai bangunan warisan serta faktor-faktor yang menjadi permasalahan di peringkat perlaksanaan. Di akhir perbincangan, beberapa strategi yang dapat mendorong kepada amalan penyenggaraan berterusan dikemukakan sebagai inisiatif kepada menggalakkan budaya penyenggaraan dan seterusnya dapat membantu meningkatkan kualiti proses pengurusan penyenggaraan yang lebih efektif.