Tuesday, February 15, 2011

PENDEKATAN PENYELENGGARAAN

Pendekatan penyelenggaraan merupakan aktiviti terpenting bagi sesebuah bangunan lama yang telah siap dipulihara sebagai harta warisan. Walaubagaimanapun, pendekatan ini seringkali gagal diimplimentasikan sebaiknya sehingga memberi kesan terhadap prestasi dan fungsi sesebuah bangunan yang telah dipulihara itu. Berdasarkan tinjauan literatur, kelemahan dalam mengimplimentasikan pendekatan penyelenggaraan dengan baik adalah akibat daripada pengurusan tenaga kerja yang kurang cekap dan tidak terlatih. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakcekapan tenaga kerja penyelenggaraan serta membincangkan langkah-langkah ideal sebagai rekomendasi kepada usaha penambahbaikan.